Twitter.

Tahu Twitter? Alaa, tempat yang terkenal dengan burung biru dan ikan paus tu. Mesti tahu kan? *bajet orang nak jawab soalan aku. Okay skip* Okay, aku di sini bukan untuk cerita pasal macam mana burung biru dan ikan paus tu boleh jadi terkenal dekat Twitter. Tapi aku nak cerita pasal FREEDOM OF SPEECH. Freedom of speech? Alaa, kebebasan dalam berkata-kata. #EhBetulKe <-- Maaf, hashtag tidak berfungsi di sini :p Hewhew. Jadi, apa kena mengena freedom of speech dengan Twitter? Okay nak senang cerita, aku banyak sangat baca tweet tweet yang tak berapa nak menarik perhatian aku yakni, menyakitkan mata untuk dibaca. Kenapa perlu kita judge orang atas apa yang mereka tweet? Dengan sini rakan-rakan sekalian, "Suka hati depa la, depa nak dok tweet apa sekalipun. Hak depa. Twitter depa. Kalau agak-agak dah menyampah sangat nak baca, nampak button "UNFOLLOW" nampak dok nampak? Haaa, pi tekan kat sana, senang cerita" KANNN? And satu lagi, dah tak suka pergi perli. Amboii amboii amboii *keluar jali kelingking ala-ala Azwan Ali* Ingat TL aku tu tempat kutuk orang. Jadinya, hentikan lah perbuatan menghentam kromo orang ni. Haaa, kan dah keluar simpulan bahasa aku *Ehems cikgu Putri, saya memanfaatkan apa yang cikgu ajar. Lol* Lagi satu, yang kurangkan lah segala caci makian di laman sosial. Korang semua diperhatikan oleh satu dunia. Jaga maruah. *pesanan untuk diri aku jugak* Dah lah kutuk orang, orang yang dikutuk tu, cikgu sendiri pulak tu. Agak-agak lah yaaa, cikgu tu tempat korang nak mintak ilmu semua, mana nak dapat berkat kalau macam tu #JustSaying <-- Ehh, terlupa. Tak berfungsi :p Izharnya di sini, hormati hak orang lain dan jagalah kepentingan hak asasi sendiri :) Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum! xx

Adios 

No comments:

Post a Comment