Kisah 6 April

Post ni panjang, selamat membaca :p
.....
Selepas selesai bacaan al-mulk, aku terus naik ke atas katil akibat terlalu penat memandangkan pada siang harinya aku telah menyertai satu pertandingan kawad kaki zon Pudu di Pulapot. *detail habis ni* Walaupun aku dah berselubung dalam selimut masa tu, tapi aku masih belum mampu memejamkan mata sebab sebenarnya aku tengah galak texting dengan 'stranger' :p Tepat jam 12 malam, handphone yang berada di dalam mood silent tiba-tiba vibrate. Oh, panggilan dari Mama rupanya :D Seterusnya, seorang daripada batchmate merangkap classmate merangkap tablemate aku iaitu NURHANANI BINTI SAIDI masuk ke dalam dorm aku. (masa tu aku masih berselubung :p) Lalu Nani memukul kaki aku dan meninggalkan satu kertas yang tertulis di atas nya capital letter 'H' lepas tu dia terus blah macam tu je BUAT MUKA EMO. *heh, nak buat suprise untuk aku ke ni? Kata aku dalam hati XD hahaha. Lepas tu sorang-sorang masuk bawak kertas tu jugak tapi different letter to make a sentence 'HAPPY BIRTHDAY YAYA!'
Antara yang terlibat ialah: 
Atika, Adlina, Aina, Ain, Erin, Zakiah, Yani, Nik, Azwa, Soraya, Syeira, Izzah, Eliz, Ecah, Wan, Fatihah, Fadzlynn. Sorry kalau ada nama yang tertinggal. Syahira ni ingatan dah tak berapa nak kuat. LOL. Yang paling aku tak tahan bila Syeira masuk and cakap, "dorang suruh aku emo, tapi aku tak boleh lah" Hahahahahaha. Then, ramai-ramai masuk dorm nyanyi lagu happy birthday. Aku? Semestinya terharu, gembira, tak sangka dan perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya. Btw, masa malam birthday aku tu ada prep tau tau. Lepas tu kan kan, Mira bawak food turun blok akademik. Lepas tu, kitaorang makan lah kan. Tiba-tiba kan kan, Cikgu Su rounding and dia tanya siapa punya food tu and tak ada orang mengaku -.- Oleh sebab itu, Cikgu Su menyuruh kami semua berbaris di sepanjang koridor 2 Maju. Ingatkan nak suruh buat apa, rupanya dia suruh kita orang berjalan ala-ala ITIK TAK BERAPA NAK COMEL DARI HUJUNG KORIDOR  DUA MAJU SAMPAI 2 USAHA. WOI PERGI PATAH BALIK JALAN ITIK KAU TAU. DUA KALI ULANG ALIK JALAN ITIK KAU TAU?!?! THE BEST BIRTHDAY PRESENT EVER LAH. WAOHHHH, kenangan :') Thank you buat semua yang wish. Those cute cards really make my day. Syahira sekarang dah officially fourteen :') 

No comments:

Post a Comment