Syazana ♥


Ke hadapan kakanda ku yang sangat dirindui,
apa khabar kakanda di sana? Adinda di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan adinda menaip warkah ini adalah untuk memberitahu bahawa sesungguhnya adinda amatlah merindui kakanda. Melalui pemerhatian adinda yang tidak lah begitu tajam, kakanda nampaknya sedang berada dalam kesusahan. Banyak masalah ya kakanda? Kakanda, adinda di sini berasa sangat sedih kerana kepulangan kali ini kita tidak dapat berjumpa. InsyaAllah cuti akan datang kita akan berjumpa dan luangkan masa lebih lama. Adinda pasti, banyak cerita yang mahu dikongsikan. Baik lah kakanda, sampai sini sahaja warkah adinda buat kali ini. Sebentar lagi adinda akan bertolak ke Bota dan esok pagi terus pulang ke sekolah. Sampaikan salam adinda buat bonda dan adik tercinta. Jaga diri. 

Adinda mu:
Syahira
*Amacam, boleh amik sastera tak XD lol

1 comment:

  1. sastera bukan setakat kekanda adinda jer...bahasa kena lebih berbunga2...mama ni ex student sastera tau.....

    ReplyDelete